Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Wednesday, June 3, 2015

Istanbul Backpackers Tips #1: Kenderaan/Perjalanan


KembaraKauAku (KKA) berkongsi sedikit sebanyak tips tentang kemudahan kenderaan kepada para traveller/backpackers yang ingin meneroka Istanbul. Kenderaan awam di Istanbul boleh dikatakan jauh berkali ganda lebih baik dari Malaysia, setanding kemajuan kota tersebut. Setiap kali KKA bertandang ke Turki pasti ada berita-berita soal kemajuan kenderaan di Istanbul khususnya, dan keseluruhan Turki amnya.


  1. Bentuk muka bumi - kita perlu memahami bentuk muka bumi Istanbul terlebih dahulu. Istanbul mempunyai 9 bukit yang kelihatan rata pada peta-peta biasa. Tujuannya adalah bagi memudahkan kita menggunakan kenderaan awam yang bagaimana, dan perlu berjalan pula di bahagian mana. Contohnya, dari Grand Bazaar menuju ke Spice Bazaar. Dari manapun kalian berjalan atau ambil Tramvay ke stesen Beyazid, dan berjalan sepanjang bazaar menuruni bukit hingga Spice Bazaar.
  2. Peta - peta perlu ada. Peta, barang terpenting travel kan? Walau ada gadget itu risiko untuk kehabisan bateri dan sebagainya, peta manual akan amat-amat membantu. Istanbul terbahagi kepada 3 pembahagian, Istanbul Asia, Istanbul Eropah Lama dan Istanbul eropah Baru. Letakkan spot-spot tempat yang kita nak kunjungi/ziarah. Setelah itu, baru kita perasan kan tempat-tempat mana yang dekat mengikut kawasan. Kawasan kecil pula biasanya, Sultanahmet, Beyazid, Eminonu, Uskudar, Taksim, Eyub, Fatih adalah kebanyakkan tempat yang dikunjungi.
  3. Short cut - Selain itu peta ini tujuannya untuk kita mudah pilih mana-mana jalan nak redah, jalan mana paling pendek/short cut. Kalau pandai, majoiriti tempat-tempat persinggahan cuma perlu kekuatan kaki saja untuk berjalan. More adventurous. 
  4. Kenderaan awam/berjalan kaki - Setelah tahu mana short cut, kita akan perasan, tak perlukan kenderaan awam melainkan ke sesebuah kawasan dari hostel, dan pulang kembali ke hostel. Selebihnya adalah jalan kaki. Jika strategi penginapan kita, lagi mudah jalan kaki. KKA cadangkan kita perlu rentas ketiga-tiga kawasan utama Istanbul ini, juga kedua benuanya Asia dan Eropah.
  5. Istanbul Kart - Dari airport lagi dicadangkan cari kad kenderaan untuk Istanbul, "IstanbulKart" namanya dalam 7-10TL sahaja. Bagi orang awam macam kita, setiap kali naik kenderaan sekali jalan adalah tidak melebihi 3TL biasanya seorang. Berbanding pakai token adalah 4TL, nangis. Kad ini cuma perlu sekali sentuhan sahaja ketika menaiki mana-man kenderaan awam. Tidak kira berapa banyak bustop/stesen harganya adalah sama bagi sehala. Jadi keluar kenderaan dan keluar begitu sahaja tanpa perlu sentuh kad lagi. Dan bermakna juga, kad boleh dikongsi beramai-ramai. Ketika masuk, kad sudah siap tolak harga tiket perorang. Bagi kad kepada teman kita pulak untuk dia sentuh. Apa lagi, bagi seorang yang mahu bertukar kenderaan awam yang sama pada masa setengah jam, harga tiket akan berkurang dari asal sebanyak 25%. Jimat sangat. Kart boleh ditopup di mana-mana stesen/terminal/jeti atau kedai-kedai mini. 
  6. Tramvay/keretapi - Semua kenderaan awam mudah dicapai. Jadi perlu ada peta kenderaan juga, Pilih stesen mana yang dekat dengan spot-spot tadi. Bercakap tentang kenderaan awam jenis keretapi ini sangat banyak. Tramvay berjaluran di bahagian Eropah, train sedang dalam pembaikan di sebelah Asia hingga ke Gebze. Subway/metro pula boleh dinaiki dari airport hingga ke tengah bandar lama. Tersangat murah seperti kenderaan awam lain. Hensem macam mana pun orang-orang Turki naik subway saja ke airport. Marmaray pula menghubungkan Sirkeci di Eropah dan Uskudar di Asia, Marmaray adalah sejenis keretapi di bawah laut, bukan di dalam laut. Di Eropah pula, juga ada stesen keretapi menuju ke bahagian negara Eropah yang lain, dan sedang dalam pembaikan.
  7. Bas - Bas apatah lagi, cuma kita perlu faham kedudukan stesen bas itu di mana dan tujuan kita ke bustop yang mana. Semua bustop ada nama, yakni nama yang tak akan sama. Terkadang kita guna kenderaan sejenis keretapi ini perlu tukar dua tiga jenis kan? Maka mudahnya guna bas. sehala sahaja. satu kali naik cukup. Bas merentasi jambatan ke Eropah ke Asia juga ada, dipanggil sebagai Metrobus iaitu bas tanpa kesesakan sebab ada jalan khusus untuknya sahaja. 
  8. Feri - Kita tahu Istanbul ada dua benua, dan dipisahkan daratnya dengan 3 cabang perairan iaitu Laut Marmara, Selat Bosforus dan Tanduk Emas. Jadi, bertandang ke Istanbul ini kita perlulah merasai ke semua kenderaan awamnya termasuk feri. Macam kita naik feri di Pinang tu, berbezanya kita merentas perairan antara dua benua. Terlalu banyak feri-feri bagi mengangkut manusia-manusia ke mana-mana jeti terdekat. Bahkan, feribus di Istanbul boleh merentaskan sekumpulan kenderaan kecil lain seperti kereta dan motosikal dari Sirkeci di Eropah menuju ke bahagian Uskudar. Begitu juga feribus besar yang besar untuk merentas lautan Marmara ke Bursa. Hingga bas pun boleh turut serta menjadi penumpang. 
  9. Bas Ekspress - Terminal bas/otogar di Istanbul boleh mencapaikan kita bukan sahaja ke 80 lebih buah kota di Turki, malah beberapa negara Balkans di selatan Eropah. Kebiasannya, bas ekspress ini boleh ditempah secara online. Bas jarak jauh terdiri dari 2 pemandu bas. Ada pramugara bas/abang biskut akan mengedarkan makanan ringan atau minuman. Setiap bas ekspress biasanya ada skrin paparan di setiap kerusi, headphone, internet, usb plug juga ada. Tersangat selesa, 11 jam dari Istanbul ke Cappadocia tu senang sekali dengan bas. Jimat tempat penginapan. 
  10. Jalan kaki -  Jalan kaki saja semua hehe. Lepas ini KKA bagi tips pulak, mana part Istanbul boleh jalan kaki saja. Bagi KKA mudah sahaja ada peta dan tahu mana nak pergi, spot kan. Dan kita boleh tahu jalan mana nak ambil. Semua jalan Istanbul kecil atau besar semua ada di dalam peta, maksudnya kelihatan Istanbul ini besar atas peta, padahal ia kecil. Panjang sangat bab berjalan kaki ini.
  11. Eropah dan Asia - Wajib ya ke sebelah Asia. Kadang tanpa peta ni kita tak nampak betapa istimewanya kita dah sampai Eropah, macam tulah KKA dulu, teringin sangat ke Eropah. Bermula dengan Istanbul lah Eropah bagi KKA waktu itu. Ada peta Istanbul baru faham dan jelas, jeti feri mana di Istanbul ini untuk ke Asia. Iaitu stesen/jeti Sirkeci ke Uskudar. Pusing sekejap pekan Uskudar tu dan boleh kita rasa Marmary pulak. dari stesen Marmary Uskudar menuju ke stesen Marmary Sirkeci. 
  12. Basikal/Motorsikal - Sedikit sulit bagi penunggang basikal, perlu mengusung basikal bagi menaiki banyak bukit. tapi bagusnya, boleh ambil mana-mana shortcut kan. Motorsikal di Istanbul sangat jarang ditemui. Lesen menunggang motorsikal bagi masyarakat juga sangat mahal, hampir sama taraf belanjawan dengan lesen kereta. 
  13. Kereta - Pertama, kadar minyak petrol di Turki adalah antara kadar minyak tertinggi dunia, hampir RM10 seliter. Kedua, masyarakat tidak merasa tiada jika tiada kereta peribadi, kerana kondisi kenderaan awam yang sangat baik. Mereka di pertengahan kota Istanbul, lebih selesa menyewa kerete bagi tujuan tertentu. Dan kadar sewa kereta juga murah, baik untuk para pengembara untuk mengembara ke kota-kota lain, tetapi kos minyak yang berkali ganda mahal. Tentang, parking pula, jarak parking dengan tempat kunjungan biasanya jauh dan berbayar. Kondisinya sama dengan pengembara yang menaiki kenderaan awam, mereka yang memandu perlu berjalan kaki pada jarak yang sama dan malam lebih jauh juga ada. Kepadatan penduduk Istanbul itu melebihi 30 juta, ia adalah kota terbesar Turki, bermakna penduduknya lebih ramai berbanding keseluruhan penduduk Malaysia walaupun saiz tanahnya lebih kecil dari Malaysia.
KembaraKauAku
https://www.facebook.com/backpakersandturkey
Whatsapp +60167734507

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.