Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Thursday, June 11, 2015

Istanbul Backpackers Tips #2: Penginapan

Alhamdulillah post tentang Istanbul Backpackers Tips #1: Kenderaan/Perjalanan mendapat sambutan yang baik. Itu adalah post pertama dari saya berkaitan tips-tips ini. Maaf lama sekali mengambil masa untuk berkongsi. Alhamdulillah, nampaknya saya telah menemukan blog adalah tempat untuk berkongsi yang baik. Ok, berikut saya kongsikan pula tips penginapan di Istanbul. 

Homestay milik pelajar Maalysia

1. Hostel - Bagi backpackers amat sesuai dengan penginapan hostel. Famili sekalipun, kerana kebiasaannya kita lebih banyak berjalan, dan hostel cuma untuk tidur dan berehat. Ditambah pula dengan makanan di Istanbul adalah murah belaka. Ada hostel yang mempunyai tandas di dalam bilik hostel. Hostel paling murah, adalah tandas yang di luar.

2. Hotel - Hotel tiada masalah juga bagi yang inginkan penginapan yang selesa. Terkadang, penginapan yang terlalu selesa menggugat pengembara untuk keluar memulakan perjalanan lebih lambat hehehe. Sesuai juga untuk mereka yang mempunyai anak kecil.

3. Homestay -  Pilihan yang sangat bai bagi kumpulan pengembara yang besar. Murah itu tidak dapat disangkal, baiknya adalah kelengkapan yang ada. Lebih bayaran sedikit tak masalah, kerana kemudahan yang ada amat membantu. Dapur dan isinya, memudahkan kita memasak, tanpa perlu membawa bahan makanan dari Malaysia juga tak masalah. Setakat ini, Turki menghidangkan bahan makanan yang begitu murah sekali. Mesin basuh, kelebihan bagi mereka yang membawa baju yang terhad. Kepada pelajar-pelajar, KKA amat syorkan homestay ini. Berhimpit beramai-ramai pun baik.

4. Kebersihan - Orang Turki amat menjaga kebersihan. Kebanyakkan perabot mereka adalah berasaskan warna putih. Namun, bagi muslim, berhati-hati dengan penggunaan peralatan di dapur ketika di hostel. Bagi homestay pula, ada beberapa homestay yang dijalankan oleh orang Melayu, yang pasti menerima tetamu muslim sahaja. Tapi KKA melihat, para traveller cuma membawa makanan ringan sahaja untuk dimasak, kerana makanan dijual dengan sangat murah di sekitar hotel/hostel/homestay.

5. Lokasi - Lokasi penginapan adalah perkara paling penting untuk dipertimbangkan. Istanbul terdiri daripada 3 bahagian utama, Eropah baru, Eropah lama dan Asia. Kedudukan paling menjadi pilihan adalah Eropah lama, yang terdiri daripada banyak jalur Tramvay, train, bas dan kenderaan awam yang lain. Dan kedudukan penginapan yang paling mendekati jalur tramvay adalah kedudukan paling baik, kerana semakin menjauh sesebuah penginapan dari jalur tramvay, boleh dikatakan kalian berada di bawah bukit. Bererti kalian memerlukan tenaga yang banyak untuk mendaki. Mereka yang girang gembira kerana mendapat penginapan di sekitar Sultanahmet misalnya, berhati-hati kerana kelihatannya di dalam peta menunjukkan kalian begitu dekat sekali dengan Masjid Biru, atau Hagia Sofia, tiba di penginapan rupanya kalian berada di bawah bukit. Bagi orang muda mungkin ia bukan masalah, namun bagi anak-anak dan orang tua, ia menjejaskan penyimpanan tenaga untuk berjalan nanti.

6. Harga - Hostel normal sekitar 25/30/35TL seorang, sekitat 1 stesen tramvay lebih jauh dari stesen Sultanahmet. Gulhane, Cemberlitas, Sirkeci, Beyazid. Harga normal bagi seorang adalah 50TL jika dipukul sama rata dengan hotel biasa dan hostel. Lebih jauh biasanya lebih murah. Maklumkan semula, jika kalain merndapat harga yang murah bagi mana-mana hotel/homestay di sekitar Sultanahmet, Cemberlitas, dan Gulhane dll, kalian perlu memastikan lokasinya, adakah di bawah bukit atau tidak. Bagi homestay pula, biasanya semakin ramai, harganya akan menjadi lebih murah perorang. Di bahagian Asia, amat tidak dianjurkan untuk menginap di sana kerana kondisi pengangkutan dan jarak. Begitu juga di Istanbul Eropah baru seperti Taksim dan Kadikoy, ia memang kelihatan murah, namun jarahnya bersama tempat-tempat yang perlu kita ziarah adalah kebanyakkanya berada di Eropah lama. Semakin menjauhi stesen tramvay Sultanahmet itu tidak menjadi masalah, masih boleh berjalan kaki atau menaiki tramvay kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh jumlah stesen dan jarak. Benar, harga penginapan di Istanbul itu lebih mahal dari kota-kota lain.

7. Cadangan -  Kebiasaannya, KKA akan ambil hostel di sekitar Gulhane, hotel di sekitar Beyazid, Sirkeci dan Aksaray. Homestay biasanya KKA meraikan homestay milik orang Melayu di Yusufpasha, Haseki dan Findikzade.

KembaraKauAku
https://www.facebook.com/backpakersandturkey
Whatsapp +60167734507

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.