Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Wednesday, June 17, 2015

Istanbul Backpackers Tips #3: 50 Tips Umum | Bahagian 1

Merindui Turki kan? Ke sedang berusaha penuhkan tabung lagi tu? Insya-Allah moga masanya akan tiba untuk kalian. Pasang niat kuat-kuat =) Ok sebelum ini KKA ada kongsikan tips satu persatu secara khusus dan lebih jelas, iaitu Istanbul Backpackers Tips tentang penginapan dan pengangkutan. Kali ini, KKA nak kongsikan dahulu 50 tips umum Istanbul buat kalian. Kemudian, KKA akan usahakan kongsi satu-persatu mengikut bahagian.

  1. Transportasi awam - Istanbul lengkap dengan kenderaan awam merangkumi jalan darat, udara dan air. Ada 2 international airport, sedang dalam usaha membangunkan yang ketiga. Istanbul menghubungkan beberapa kota jiran dengan kenderaan airnya, juga bagi jarak dekat antara Istanbul Asia dan Istanbul Eropah. apatah lagi kenderaan awam di darat, merangkumi banyak jaringan bas, keretapi dll. Amat-amat murah kos pengangkutannya, sila naik kenderaan awam hehehe
  2. Selat Bosforus - Istanbul Asia dan Istanbul Eropah dipisahkan keduanya oleh Selat Bosforus dan Laut Marmara. Jadi, kita boleh pergi ke tebing selat di Eminonu. Ambil trip Bosforus di situ ya. Sekitar 10-12 lira sahaja. Perjalanan memakan masa 1-1.5 jam, dengan menyilangi dua jambatan utama Istanbul. Kehidupan sepanjang tebing selat amat berbeza dengan kaki bukit Istanbul yang lain. 
  3. Istanbul 2 benua - Diketahui umum, Istanbul terletak di atas 2 benua, iatu Asia dan Eropah. Jarang sekali, pengembara singgah ke tanah Asia Istanbul. Ia mempunyai keunikan tersendiri, tidak terlepas dari sebutan-sebutan sejarah ke atas nya. Barulah boleh kata dah sampai Istanbul kan =) Menjejak dua benuanya.
  4. Masjid Uthmaniyyah - Masjid Biru, Masjid Suleyman, Masjid Yeni, Masjid Eyup, Masjid Laleli.. Arghh semua masjidnya sama je, nak bezakan pun susah. Tidak, semua masjid Uthmaniyyah tidak pernah ada yang kedua, tidak akan sama dengan yang lain. Ziarahlah sekurang-kurangnya masjid-masjid utama dari seribu menara yang lain. Amat merugi jika tidak singgah ke masjid utamanya, macam tak pergi Istanbul. Hah
  5. Muzium - Ramai tanya KKA, muzium itu semua nak pergi macam mana. Beginilah, KKA syorkan muzium yang wajib adalah Istana Topkapi dan Hagia Sophia. Yang berpuluh banyak yang lain tu boleh pertimbangkan nanti. 2 muzium itu wajib ziarah, tak pergi tempat lain tak mengapa, sempatkan dua ini. 
  6. Masjid Byzantine - Antaranya Masjid/Muzium Hagia Sophia, Masjid Kalenderhane dll. Apa ciri-cirinya? Biasanya dinding diperbuat dari batu bata merah, berbanding masjid Uthmaniyyah berdinding keputihan/kelabu. Amat disyorkan untuk menziarahi masjid-masjid ini. Boleh mengenali hubungna antara dua tamadun utama Turki ini. Islam dan Rom.
  7. Teh - KKA nak kata Turki hantu teh hihihi. Turki memegang tempat pertama, negara paling banyak meminum teh dalam rutin harian. Kalau kalian berani kan, setelah makan di mana-mana kedai atau restauran, minta teh. hehehe nak beli pun apa salahnya. Amat murah. Kopi? Yup, Turki ada kopi tersendiri dikenali sebagai Turkish coffee, in very small cup.
  8. Taksim - Boleh KKA panggil Taksim sebagai kota termoden, kota pertembungan dua budaya Asia dan Eropah/ tapi lebih banyak Eropah rasanya. Lokasinya pun memang di Eropah. Ini kota pengajian bahasa KKA dulu, hehehe nak cerita kota ini hidup 24 jam. Beratus ribu orang ke sini, macam ulat semuanya di sepanjang Jalan Istiklal. KKA cadangkan untuk kalian pergi, tujuannya kita boleh tengok wajah Istanbul yang berbeza dari segi pembangunan sosial dan fizikalnya.
  9. Ziarah Rumah Turkish - Nak kenal lebih dalam sedikit tentang Turkish, amat digalakkan kita menziarahi rumah kawan-kawan di Istanbul. Institusi keluarga Turki bagaimana, persembahan rumah Turki oh begini begitu, juga budaya mereka menyantuni para tetamu. Tak dapat ziarah, ok KKA cadangkan minum kopi ke teh ke dengan bos hostel kita, tukang kedai ke mana-mana. Bina hubungan dan berkongsi pendapat. 
  10. Piknik - Musim bunga dan panas, rumput sekangkang kera pun, ada Turkish berpiknik. Sekecil duduk borak, main kad, hingga sebesar piknik berkeluarga. KKA suka piknik sambil makan buah, minum jus, macam syurga buah-buahan Turki ni. Belum lagi pergi ladang-ladang di luar Istanbul. Siang musim panas panjang kan? Ini masanya nak berpiknik, tak ada kawan tak masalah. Beli buku murah-murah, dan baca. P/s sambil minum teh tau. 

Ok, ini bahagian pertama, KKA nak kongsikan 50 tips kan? jadi ada 4 bahagian lagi akan dikongsikan Insya-Allah. Nantikannya.


Bersambung di Istanbul Backpackers Tips #3: 50 Tips Umum | Bahagian 2

KembaraKauAku
https://www.facebook.com/backpakersandturkey
Whatsapp +60167734507

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.