Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Thursday, June 25, 2015

Turkey Student Trip #1 : Delegasi Pelajar Quran dan Multimedia USIM

"Delegasi Ilmiah Merentas Bumi Turki" sedang dalam perancangan oleh pelajar Quran dan Multimedia dari Fakulti Quran Sunnah, USIM. InsyaAllah, 29 pelajar bakal bertamu ke bumi Turki pada Febuari 2015. KKA kongsikan beberapa agenda dan matlamat delegasi ini, moga perkongsian ini menyumbangkan motivasi kepada banyak pelajar Malaysia yang ingin mengalami pengembaraan ilmiah sebegini. Sama ada pengembaraan di Turki mahupun di banyak negara di luar sana.

Delegasi ini umumnya mengangkat tema, perkembangan Quran serta sejarah Islam. Bersesuaian dengan kondisi para pelajar sebagai penuntut ilmu bidang Quran dan Multimedia, perkembangan Quran di Turki dari segi sejarah, penyampaian, persembahan, pengaruh, multimedia dan lain-lain akan diberi fokus sebagai pendedahan dan pengetahun baru. Sebagaiamana Turki adalah negara yang terpilih, pastinya sejarah Islam umumnya dan sejarah kerajaan Uthmaniyyah khususnya akan menjadi satu lagi aspek utama galian ilmu di Istanbul nanti.

Telah kami membuka perbincangan beberapa perkara yang menarik tentang tema ini, antaranya adalah seperti senarai berikut.

  1. Tulisan Jawi - Penggunaan tulisan Jawi dalam gandingannya dengan Bahasa Uthmaniyyah ketika zaman pemerintahan Uthmaniyyah
  2. Madrasah Quran - Pembangunan madarasah Quran yang memberangsangkan ketika era kempimpinan Uthmaniyyah serta aktivti, dan perkembangan madrasah Quran tersebut pada masa kini
  3. Seni Kaligrafi - Keghairaan seni kaligrafi Islam dari rakyat jelata hingga mempengaruhi seni institusi kesultanan, 
  4. Senibina & Quran - Penerapan Ayat Quran dan pengaruhnya kepada dunia senibina Uthmaniyyah hingga kini
  5. Bentuk Salinan Quran - Persembahan pelbagai bentuk salinan dan cetakan Quran dari segi multimedia, penghasilan, promosi umum, penyusunan secara luaran dan dalaman
  6. Teknik Hafalan - Antara teknik hafazan Quran terbaik boleh ditemukan di Turki
  7. Risalah Nur - Atau Risale-I Nur adalah kitab-kitab terkenal Turki oleh Said Nursi Bediuzzaman. Hubungan antara kitab tersebut dengan Quran menjadi perhatian dunia kini
Lokasi pengembaraan adalah Istanbul, dan turut mengambil kira kota Bursa sebagia kota tambahan. Beberapa hal yang disebutkan akan dibawakan dalam pelbagai bentuk antaranya, kuliah di masjid, perbincangan dua hala antara dua pihak universiti, kuliah umum oleh beberapa institusi, perkongsian sepanjang penziarahan di tempat-tempat sejarah, lawatan khusus dan sebagainya. 

KKA amat menyarakan para pelajar yang ingin menziarahi sesebuah negara secara delegasi begini mempunyai tema pengembaraan yang jelas seperti ini disamping pengembaraan fizikal, kita wangikan bersama pengembaraan rohani dan ilmu kita. 

Kepada kalian yang ingin mengetahui berkenaan program ini lebih lanjut, atau ingin membentuk kerjasama atau memberikan sumbangan kepada mereka boleh menghubugi kami.



KembaraKauAku
W/S +0167734507
thekkateam@gmail.com

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.